Dr. Vengatesh Rao Appannan
Pakar Otorinolaringologi Pembedahan Kepala dan Leher
Dr. Vengatesh Rao Appannan
Specialist in Otorhinolaryngology Head and Neck Surgery
Komited Kepada Kecemerlangan Otorinolaringologi
Dr. Vengatesh berkhidmat sebagai pakar bedah pakar dalam otorinolaringologi pembedahan kepala dan leher di Hospital Fatimah, Ipoh.
Beliau pakar dalam merawat gangguan yang melibatkan telinga, hidung, dan tekak, serta pelbagai keadaan di bahagian kepala dan leher.
Hubungi Kami Hari ini untuk Rundingan
Tempah temu janji dengan Dr. Vengatesh untuk perundingan.
Prosedur Kami
Pakar dalam merawat gangguan yang melibatkan telinga, hidung, dan tekak, serta pelbagai keadaan di bahagian kepala dan leher. Dr. Vengatesh juga menyediakan rawatan khhusus untuk gangguan ENT pada kanak-kanak.
Berdengkur dan Apnea Tidur Obstruktif
Jika anda menyedari anda berdengkur terlalu banyak semasa tidur atau mengalami kesukaran untuk terus tidur, juga berasa terlalu letih pada waktu siang, kemungkinan besar anda mungkin mengalami apnea tidur obstruktif. Lupakan kekurangan tenaga dan tumpuan pada siang hari – jika tidak dirawat, koplikasi yang lebih serius mungkin timbul, berkemungkinan perkembangan diabetes. Jika anda mengalami simptom ini, Dr. Vengateshlah yang anda cari. Percayalah pengalamannya dalam bidang ini untuk mengetahui rawatan yang terbaik untuk anda.
Pembedahan Kepala dan Leher
Tumor di kepala atau leher boleh berkisar dari benign hingga yang malign, dan kebanyakan masa, kita tidak akan tahu ia ada sehingga sudah terlambat. Berkemahiran tinggi dalam bidang pembedahan kepala dan leher, Dr. Vengatesh menyediakan perkhidmatan dalam menyiasat kemungkinan kehadiran tumor dan prosedur pembedahan untuk membuangnya dengan selamat.
Gangguan Pertuturan dan Menelan
Mengenai gangguan dan pertuturan menelan yang disebabkan oleh kecederaan pada tekak, Dr. Vengatesh adalah pakar dalam menilai punca gangguan tersebut dan menyediakan rawatan yang paling sesuai untuk memastikan anda dapat memulihkan suara anda dan menikmati makanan anda semula secepat mungkin.
Gangguan Telinga
Berpengatahuan dalam bidang pelbagai gangguan yang boleh berlaku pada telinga, Dr. Vengatesh ialah pakar yang perlu anda rujuk jika anda mengalami keabnormalan pada telinga anda, seperti kehilangan pendengaran, vertigo, jangkitan, tinnitus, atau pertumbuhan yang tidak normal.
Gangguan Hidung dan Resdung
Rawatan untuk gangguan yang melibatkan hidung juga merupakan sebahagian daripada kepakaran luas Dr. Vengatesh sebagai pakar bedah ENT professional. Penilaian akan dilakukan secara menyeluruh ke atas sebarang kebimbangan yang mungkin anda alami tentang kemungkinan gangguan resdung, sama ada jangkitan, tumor, atau alahan. Bersama-sama dengan rawatan yang paling berkesan untuk membolehkan anda bernafas tanpa masalah lagi.
ENT Kanak-Kanak
Dr. Vengatesh juga menyediakan rawatan khusus untuk gangguan ENT pada kanak-kanak, termasuk keadaan seperti tonsillitis berulang, pekak kongenital, jangkitan telinga, dan bengkak di kawasan kepala dan leher. Yakinlah bahawa anak anda akan berasa lebih baik dalam masa yang singkat dalam jagaan Dr. Vengatesh.
Maklum Balas
En. Augustine
Anak Perempuan saya mengalami ketulan di lehernya semasa kami masuk minggu lepas begitu baik kepadanya! Beliau sangat sabar dan bertimbang rasa agar memastikan sepanjang masa anak perempuan saya tidak takut.Bengkak pada leher anak perempuan saya telah hilang sekarang terima kasih banyak-banyak kepada Dr. Vengatesh, kami sangat bersyukur kerana hadirnya beliau sebagai doctor kami!
Yee Kah Loh
Seorang doktor yang sangat baik dan bertimbang rasa. Rasa sakit beberapa hari lalu kerana vertigo dan Dr. Vengatesh sangat bertimbang rasa dalam menerangkan keadaan dan rawatan kepada saya dalam istilah yand mudah. Tambahan pula, Dr. Vengatesh bukan sahaja memberikan saya pelan rawatan yang disesuaikan tetapi juga berkongsi teknik praktikal untuk mengawal pening. Panduan beliau mengenai pergerakan kepala tertentu yang boleh mengurangkan genjala saya terbukti berkesan, membolehkan saya mengawal semula kehidupan harian saya.
Saya sangat mengesyorkan doktor ini kerana beliau teliti, professional dan sangat mesra kepada pesakit.